Koleksi sedondon Lady Darlessa Deluxe

Lady Darlessa Deluxe. Inilah instant shawl terbaru sempena Aidil Adha 2018.

Design fully instant shawl yang paling selesa setakat ini dari Wafiy Closet. Apa tak nyer, dah fully instant, sarung sekali jer. Potongan pula cantik direka supaya terasa ringan di kepala. Dengan awning kesukaan ramai dari material cotton denim pasti membuat anda puas hati.

Lady Darlessa Deluxe menggunakan material mosscrepe lycra. Coraknya pula memang lain dari yang lain dan dicetak khas hanya untuk Wafiy Closet (custom printed). Pilihan corak kali ni pasti membuat anda rambang mata. Ada 18 corak disediakan dan semuanya pun cantik-cantik. Ramai juga yang dah risik-risik nak memborong.


Lady Darlessa Deluxe didatangkan dengan dua ukuran untuk ibu dan anak. Sedondon itu cantik, mudah dan menyerlah. Tidak perlu lagi mencari tudung secara berasingan.

Detail ukuran (mom)
FREE SIZE
18-19inch dari bawah dagu
27inch dari belakang
muka : 10-10.5inch

kids
14-15inch dari bawah dagu
21inch dari belakang
muka : 8-8.5inch

Awning cotton denim
Anti tembam, tak perlu risau yang bermuka bulat. Semua sesuai pakai sebab senang dimuncungkan dan tidak melepet. Tidak perlu buat-buat tiup ke atas nak bagi awning tu naik cantik.

Ready to wear
Fully instant shawl hanya sarung sekali sahaja, tak perlu belit-belit dah. Lagi cepat dan senang dan tak perlu seterika pun tak apa.

Disediakan dengan exclusive box dan metal tag wafiy closet.

Harga
MOM : RM69pc
KIDS : RM49pc

3pcs ke atas less 10%. cepat order, takut raya tak sempat nak sampai. Pembelian berjumlah RM200 dan keatas, percuma kos penghantaran. Klik di sini.