5 Tips Penjagaan Rambut Ini Dapat Menyelesaikan Masalah Wanita Bertudung

Penjagaan rambut adalah penting bagi wanita bertudung supaya dapat memberikan keyakinan kepada si pemakai dan juga pandangan baik kepada orang ramai. Namun ada beberapa masalah yang sering di alami oleh orang yang bertudung seperti:

  • Masalah Rambut Gugur
  • Masalah Kulit Kepala Berminyak
  • Masalah Kelemumur dan Kegatalan Kulit Kepala
  • Masalah Rambut Rosak dan Berbuah
  • Masalah Rambut Berbau

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Kami kongsikan sedikit tips untuk anda:

  1. Pilih syampu yang betul

Pilihlah syampu yang sesuai mengikut masalah rambut dan kulit kepala anda. Jika anda mempunyai masalah rambut gugur, pilih syampu untuk masalah rambut gugur.  Ada banyak jenis syampu untuk masalah rambut dan kulit kepala anda seperti anti-kelemumur, rambut berminyak, dan sebagainya.

Selain daripada jenis masalah rambut, anda juga perlu pastikan jenama yang bersesuaian untuk rambut anda. Jika anda telah mendapat syampu dan jenama yang bersesuaian, kekalkannya.

  1. Cuci rambut mengikut kesesuaian

Cuci rambut mengikut kesesuaian rambut. Jika anda mempunyai rambut yang lebat dan panjang serta mudah berpeluh, mungkin anda perlu mencuci rambut setiap hari bagi mengelakkan kegatalan, peluh dan masalah rambut berbau. Penggunaan “conditioner” pada rambut (bukan pada kulit kepala) perlu untuk memastikan rambut anda tidak terlalu kering setelah dicuci setiap hari. Namun, sekiranya rambut anda pendek dan tidak mempunyai banyak masalah, anda tidaklah perlu mencuci rambut setiap hari.

  1. Elakkan memakai tudung semasa rambut basah

Pastikan rambut ada kering sebelum mengikat rambut dan memakai tudung. Rambut yang lembab atau basah akan berkuap dan menjadi busuk jika tidak dikeringkan dahulu. Kebanyakan orang yang mempunyai masalah rambut busuk ini tidak sedar yang rambut mereka berbau kerana sudah immune dengan bau sendiri. Maka, orang di sekitarlah yang menjadi mangsa.

Ini juga merupakan punca utama yang menyebabkan rambut berbuah. Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk mengeringkan rambut diwaktu pagi, basuh sahaja pada waktu petang atau malam. Tidak perlu tergesa-gesa.

  1. Buat rawatan rambut

Peruntukkan masa sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk membuat rawatan rambut di salun atau pusat-pusat rawatan kegemaran anda. Sesekali, apa salahnya memanjakan diri sendiri untuk membuat scalp treatment di salun.

  1. Pilih tudung/shawl yang sesuai

Wanita yang bekerja di luar menghabiskan masa yang lama sekurang-kurangnya 8 jam dengan bertudung. Pemilihan material atau fabrik yang sesuai amat penting . Pilihlah kain yang sejuk, selesa dan yang “breathable”.  Jangan memakai shawl dan tudung yang terlalu tebal kainnya atau yang gaya yang terlalu banyak lapis-lapisnya. Cukup sekadar agar tidak jarang dan tidak menampakkan bahagian aurat.