Selamat Hari Hijab Sedunia

Selamat menyambut ” Hari Hijab Sedunia “

Mungkin ramai diantara kita yang masih belom tahu Hari Hijab Sedunia jatuh pada 1 FEB.

Ia merupakan cetusan idea Nazma Khan dan telah mula disambut pada tahun 2013, di 190 negara di seluruh dunia.

Tujuannya adalah untuk menggalakkan wanita dari latar belakang dan agama berlainan untuk memakai dan mengalami kehidupan berhijab.

Nazma Khan memperkenalkan Hari Hijab Sedunia selepas dibuli dan menjadi mangsa diskriminasi kerana berhijab.Menurut Nazma, kebanyakan orang menganggap hijab sebagai simbol penindasan. Dengan acara ini, Nazma berharap ia dapat mengubah fikiran orang bukan Islam tentang mengapa wanita Islam memilih untuk memakai hijab.

Jom sama-sama kita sebarkan supaya dapat menggalakkan lagi ramai wanita menutup aurat dan salah satu cara berdakwah ke arah kebaikan.